Matawang Gergasi Ini Terus Lemah, Fokus Utama Pada Meyuarat ECB!

348

Kelemahan US dolar berterusan sehingga ke sesi Eropah, namun, pergerakan pasaran masih lagi perlahan dengan kebanyakan matawang utama memaparkan kenaikan sederhana.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding matawang utama diniagakan menyusut di sekitar harga 92.75.

Tumpuan para pelabur kini terarah kepada mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) pada malam ini yang dijangka akan terus menawarkan pendirian dovish mengenai dasar monetarinya.

Euro sedikit susut di sekitar harga 1.1780 berbanding US dolar, menandakan pelabur mengambil langkah berhati-hati untuk meletakkan posisi menjelang mesyuarat ECB nanti.

Berbeza pula dengan matawang pound yang kembali meningkat di atas paras harga 1.37000 berbanding US dolar. Walaupun begitu, risiko daripada coronavirus dan isu Brexit masih mempengaruhi dagangan matawang itu.

Ketua perunding Brexit UK, David Frost mengatakan bahawa Britain mahu mengadakan rundingan semula protokol Ireland Utara kerana ia menimbulkan masalah. Brussels bagaimanapun menolak sebarang percubaan untuk mengubah syarat perjanjian.

Dolar Kanada masih didagangkan stabil setelah meraih sokongan daripada pemulihan harga minyak mentah yang kembali meningkat di atas harga $70 setong susulan kejatuhan ketara yang dicatatkan pada awal minggu ini.

Mengikuti perkembangan mengenai pelan infrastruktur bipartisan AS bernilai $1.2 trilion, perbincangan masih lagi menemui jalan buntu selepas anggota Dewan Senat AS menyekat langkah untuk membuka perdebatan pada hari Rabu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat