Matawang Gergasi Kembali Mendapat Tenaga!

38

US Dollar kembali pulih dari kecederaan awal apabila kembali diniaga ke tahap yang tertinggi pada Isnin. Dalam masa yang sama, matawang Sterling menjunam gara-gara Article 50 yang akan dicetuskan pada minggu depan dan sentimen terhadap dasar perlindungan perdagangan yang diutarakan oleh pemimpin G20 sebelum ini memberi kesan sebaliknya.

US Dollar mengalami tekanan sewaktu mula-mula didagang kerana kenyataan Fed minggu lepas terus mempengaruhi sentimen terhadap kenaikan kadar pada tahun ini.

Fed pada Rabu lalu masih mengekalkan unjuran kenaikan kadar yang selanjutnya pada dua kali kenaikan berbanding jangkaan oleh pelabur asing sebanyak 3 kali kenaikan.

Sementara itu, kenyataan dasar daripada pemimpin-pemimpin kewangan G20 memberi tekanan berganda kepada US Dollar kerana mereka menyokong perdagangan global yang bebas dan terbuka.

USD/JPY, 30 minit

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding enam matawang utama yang lain, meningkat sebanyak 0.02 peratus kepada 100.16.

Di tempat lain, Pound menjunam berbanding US Dollar selepas Downing Street melaporkan bahawa Perdana Menteri Theresa May akan memaklumkan Kesatuan Eropah untuk mencetuskan Article 50 pada minggu depan bagi proses keluar secara rasmi dari EU.

GBP/USD merosot sebanyak 0.39 peratus kepada $1,2346 manakala EUR/USD didagang stabil pada $1.0741.

GBP/USD, 30 minit
EUR/USD, 30 minit

China Bersiap Sedia Dengan Potensi Perang Perdagangan Dengan Amerika Syarikat

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat