Matawang Komoditi Jadi Mangsa Perbalahan AS-China, USD Menguat

590

US dolar meningkat pada pembukaan pasaran sesi Eropah dengan pelabur menumpukan kepada rangsangan fiskal di Amerika Syarikat dan ketegangan AS-China menjelang rundingan perdagangan pada hujung minggu ini.

Setelah rundingan antara Kongres AS menemui kegagalan, Presiden AS Donald Trump telah menandatangani empat perintah eksekutif berhubung rangsangan bantuan Covid-19 pada Sabtu lalu.

Dolar greenback didagangkan meningkat berbanding kebanyakan matawang utama pada 93.50.

China ternyata tidak hanya berdiam diri setelah menerima pelbagai tomahan daripada Amerika Syarikat baik dari segi teknologi sehingga ke urusan geopolitik seperti isu di Hong Kong dan Taiwan.

Terbaru, Kementerian Luar Negeri China mengumumkan akan mengenakan sekatan ke atas pegawai-pegawai Amerika Syarikat, termasuk Senator Ted Cruz dan Marco Rubio bermula hari ini sebagai balasan kepada tindakan Washington yang menjatuhkan sekatan terhadap 11 pegawai Hong Kong dan China yang dituduh menyekat kebebasan wilayah Hong Kong.

Dalam pada itu, pegawai kanan AS dan China akan bertemu melalui video konferens pada 15 Ogos untuk menyemak semula perlaksanaan perjanjian perdagangan fasa 1, di mana ia dijangka akan menimbulkan rungutan susulan kegagalan Beijing dalam usaha membeli barangan import AS.

Ketegangan yang semakin meningkat ini pastinya telah memberi tekanan kepada dagangan matawang komoditi, dolar Aussie untuk didagangkan menyusut lebih-lebih lagi dengan Australia yang merekodkan angka kematian terbesar akibat Covid-19 pada hari ini.

Dolar kiwi juga diniagakan susut sementara tumpuan pasaran beralih kepada mesyuarat polisi Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) pada Rabu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat