Matawang Kripto Meme Dogecoin Bernilai Hampir $2 billion

1,320

Dogecoin kini hampir bernilai US$2 billion. Di laman sesawang coinmarketcap.com, market cap atau jumlah nilai syarikat bagi dogecoin adalah sebanyak $1,928,075,931 .

Matawang kripto itu dicipta pada tahun 2013 terinspirasi daripada meme yang popular pada ketika itu. Anjing Shiba Inu daripada Jepun digunakan sebagai maskot. Anjing tersebut mula tersebar luas dalam sosial media selepas muncul dalam meme pada tahun 2010.

Pada hari ini, dogecoin berharga $0.017112. Pada 25 Disember, harga dogecoin hanya berada pada sekitar paras $0.005. Coin ini telah naik lebih daripada 400% sejak akhir bulan Disember.

Dogecoin merupakan salah satu altcoin dalam bentuk token peer-to-peer digital daripada bitcoin.

Dogecoin boleh didapatkan oleh beberapa platform pertukaran yang disediakan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat