Matawang Pound, Euro Didagangkan Tinggi Sementara USD Terus Lemah

722

Euro kembali didagangkan ke paras ketinggian 3 bulan berbanding US dolar ketika pasaran dibelenggu oleh spekulasi mengenai kemungkinan Federal Reserve (Fed) AS akan mengumumkan lebih banyak langkah rangsangan pada mesyuarat polisi FOMC.

Awal bulan ini, keyakinan terhadap pemulihan ekonomi AS yang lebih cepat daripada yang dijangkakan telah mendorong kepada peningkatan hasil bon perbendaharaan ke tahap tertinggi 3 bulan dan juga US dolar.

Sehubungan daripada itu, terdapat jangkaan mengenai kemungkinan Fed akan menggunakan langkah kawalan keluk hasil untuk memastikan hasil perbendaharaan 10 tahun kekal rendah supaya pengguna dan perniagaan tidak terbeban dengan kos pinjaman yang tinggi.

Sementara itu, penerbitan data inflasi Amerika Syarikat turut menjadi tumpuan pasaran pada malam ini, yang mana inflasi teras dan utama dijangka akan menunjukkan kestabilan pada bulan Mei.

US dolar terus diperdagangkan lebih rendah berbanding matawang utama lain ketika pasaran memasuki ke sesi Eropah, yang mana indeks dolar didagangkan menyusut pada 96.18.

Dalam pada itu, kelemahan USD turut memacu matawang pound untuk menokok ke paras ketinggian 2 1/2 bulan dengan mengabaikan ketidakpastian rundingan perdagangan Brexit yang membelenggu pasaran.

Di sisi lain, dagangan dolar Aussie dan dolar kiwi terus disokong oleh pelabur yang menyambut baik pembukaan semula aktiviti ekonomi di kedua-dua negara susulan keberhasilan mereka dalam membendung wabak coronavirus.

Dolar Aussie kekal didagangkan di sekitar paras ketinggian 11 bulan pada $0.6990, sementara dolar New Zealand pula meningkat ke paras tertinggi sejak Januari berbanding USD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat