Matawang Pound Jatuh Lagi, PM UK Boris Johnson Mahu Pilihan Raya Diadakan!

439

Matawang pound jatuh berikutan Perdana Menteri UK Boris Johnson dilaporkan akan membentangkan gerakan untuk pilihan raya pada 12 Disember dengan menyatakan bahawa cara untuk mendapatkan Brexit adalah dengan ahli parlimen bersetuju untuk pilihan raya.

Hal ini akan membolehkan ahli parlimen untuk meneliti dan membahaskan rang undang-undang Brexit sebelum dibubarkan. Tindakan ini mendapat tentangan oleh parti-parti pembangkang lain, yang menginginkan jaminan terlebih dahulu terhadap no-deal Brexit tidak akan berlaku. Pound diniagakan sejajar di sekitar paras 1.284 berbanding dolar USD.

Sentimen terhadap matawang pound akan kekal goyah menjelang mesyuarat hari ini di mana pemimpin-peminpin Kesatuan Eropah (EU) membuat keputusan terhadap jangka masa yang akan diberikan untuk melanjutkan tarikh akhir Brexit untuk meninggalkan EU.

Indeks dolar berbanding kumpulan mata wang utama lain sedikit berubah pada 97.688 tetapi mencatatkan peningkatan sebanyak 0.42% pada minggu ini. Dolar Amerika kekal stabil berbanding yen pada dagangan sesi Asia hari ini.

Mesyuarat Rizab Persekutuan AS (Fed) pada 30 Oktober dan mesyuarat Bank Pusat Jepun (BOJ) pada 31 Oktober ini, menjadi tumpuan para pelabur dengan menjangkakan Fed akan menurunkan kadar faedah buat kali ketiga pada tahun ini manakala BOJ mungkin mengekalkan dasarnya.

Sementara itu, Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Mario Draghi menyelesaikan tugasnya dengan meninggalkan dasar monetari yang tidak berubah, seperti dijangkakan oleh pasaran selepas beliau memperkenalkan satu pakej rangsangan besar pada bulan lepas.

Tindakan ini telah memberi tekanan kepada matawang euro untuk terus jatuh lebih rendah setelah menyusut didorong oleh data-data PMI bagi pembuatan dan perkhidmatan di Zon Eropah yang lemah, terutamanya di Jerman.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat