Matawang Pound Terus Cemerlang, USD Pula Makin Tertekan!

492

US dolar terus menerima tekanan dengan didagangkan ke tahap terendah lebih satu minggu ketika kebimbangan terhadap kebangkitan semula kes Covid-19 di seluruh dunia menguji optimisme pasaran terhadap perkembangan positif mengenai vaksin.

Angka kes Covid-19 global terus menunjukkan peningkatan, di mana kemasukan ke hospital di Amerika Syarikat mencatatkan rekod baru iaitu lebih 76,000. Sementara Jerman pula melaporkan 305 kematian iaitu yang tertinggi pernah direkodkan sejak April dan kes jangkitan mencecah 2 juta di Perancis.

Di tengah-tengah ketidakpastian terhadap pemulihan global, matawang safe-haven yen melonjak ke paras ketinggian satu minggu berbanding USD.

Menyusuli kemerosotan US dolar, matawang euro meningkat tinggi dengan pelabur nampaknya tidak menghiraukan tindakan Poland dan Hungary yang menentang pakej rangsangan € 1.8 trilion oleh Kesatuan Eropah (EU) untuk menyokong pemulihan ekonomi yang dijejaskan pandemik Covid-19.

Sementara itu, matawang pound terus mendaki lebih tinggi menuju ke paras ketinggian terbaru pada 1.3300 disokong oleh keyakinan bahawa UK dan EU akan mencapai perjanjian perdagangan pasca-Brexit selepas The Telegraph melaporkan Perancis bersedia untuk berkompromi dalam isu perikanan.

Dalam pada itu, kadar inflasi UK menunjukkan peningkatan pada bulan Oktober, didorong oleh kenaikan harga pakaian dan makanan berikutan sekatan coronavirus diperketatkan di banyak kawasan.

Matawang Asia didagangkan lebih tinggi, dengan dolar New Zealand terus menokok mengahampiri paras ketinggian 2 tahun pada sesi Eropah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat