Matawang US Dolar Kembali Membuat Pengukuhan, Isu Geopolitik Menolak Harga Emas Terus Naik

90

Pasaran Matawang

Matawang Euro merundum selepas mencatat pengukuhan sepanjang hari. US dolar malah sebaliknya, mencatat pengukuhan selepas merundum sejak pembukaan tahun baru 2018.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam mengukuh sebanyak 0.14% kepada 91.69 dalam sesi dagangan Eropah pada hari Rabu setakat jam 04.35 p.m.

Matawang Euro mengukuh berikutan laporan data sektor pembuatan yang meningkat melebihi jangkaan.

Selain itu, kenaikan Euro juga disokong oleh jangkaan pengurangan amaun pembelian bon pada 2018.

Bagi Dolar, pasaran juga memberi tumpuan pada minit mesyuarat the Fed pada keesokan hari dan laporan data nonfarm payrolls (NFP).

Pasaran Komoditi

Harga minyak mencatat kejatuhan daripada paras tertinggi Jun 2015.

Kejatuhan harga minyak brent adalah disebabkan jangkaan pasaran bahawa pengeluaran minyak mentah US akan meningkat. Selain itu terdapat kesangsian bahawa pertumbuhan permintaan akan berterusan.

Harga emas terus mencatat peningkatan dalam sesi dagangan Eropah berikutan sentimen geopolitik antara Presiden Donald Trump dan Kim Jong Un.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat