Matawang USD Menuju Ke Tahap Kerugian Mingguan Terbesar, Ketegangan Global Pula Menyokong Yen

876

Data inflasi Jepun hari ini memulakan sentimen pasaran dengan mengeluarkan bacaan yang jatuh kepada 0.7% pada bulan Mei 2019 daripada paras tertinggi dalam tempoh 6 bulan iaitu 0.9%.

Seterusnya, indeks tinjauan perkilangan PMI di Jepun pula mencatatkan bacaan yang menguncup ke 49.5 untuk Jun 2019 daripada 49.8 pada bulan lepas. Ini merupakakan penyusutan untuk bulan keenam berturut-turut apabila pesanan baru jatuh ke tahap paling rendah dalam tempoh tiga tahun, diseret oleh penurunan eksport yang lebih ketara.

Walaupun kedua-dua data dari Jepun pada sesi Asia hadir pada bacaan yang kurang baik, namun matawang Yen tetap menjadi tarikan atas faktor sifat safe-haven. Sentimen pasaran hari ini kembali bergelut dengan ketegangan global berikutan Iran menembak jatuh drone tentera A.S. dan meningkatkan keadaan tidak menentu antara Washington dan Tehran.

Dalam sesi dagangan Eropah pula, pelabur disajikan dengan indeks tinjauan dari zon Eropah yang keluar agak baik untuk bulan Jun. Tinjauan komposit PMI naik kepada 52.1 daripada 51.8 pada bulan sebelumnya. Bacaan terbaru ini menunjukkan perkembangan dalam aktiviti perkhidmatan serta perkilangan.

Sementara itu matawang USD pula diniagakan dengan positif ekoran sentimen pasaran yang kembali membimbangkan. Walaubagaimanapun, pelabur mengjangkakan matawang ini masih di bawah tekanan selepas bank pusat Federal Reserve menegaskan bahawa mereka sedang bersedia untuk mengurangkan kadar faedah di A.S. jika ekonomi A.S. masih perlahan.

Menjelang sesi dagangan terakhir minggu ini, pelabur akan memberi perhatian terhadap data jualan runcit dari Kanada yang boleh memberi impak terus kepada sektor KDNK. Dengan pengukuhan dalam sektor pekerjaan di Kanada, pasaran meramalkan data jualan runcit malam ini meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat