Matawang Utama Bangkit Semula, Presiden Trump Dah OK!

435

Perkhabaran baik mengenai tahap kesihatan Presiden AS Donald Trump yang beransur pulih setelah disahkan dijangkiti wabak Covid-19 pada Jumaat lalu, telah meningkatkan sentimen pasaran pada awal sesi Asia hari ini.

Setelah disahkan positif Covid-19, Trump telah dimasukkan ke hospital pada Jumaat lalu untuk mendapatkan rawatan sekali gus menambahkan lagi ketidakpastian dan menyebabkan huru-hara dalam pasaran saham dan matawang.

Terbaru, doktor yang merawat Trump memberitahu bahawa keadaan beliau terus bertambah baik dan mungkin akan dibenarkan keluar daripada hospital pada Isnin.

Dalam pada itu, laporan pekerjaan NFP AS yang diterbitkan pada Jumaat tanpa dijangka memperlihatkan bacaan yang lebih lemah daripada jangkaan pada September dengan hanya mencatatkan 661,000 pekerjaan daripada 850,000. Ini menunjukkan pemulihan pasaran buruh di Amerika Syarikat masih lemah.

Dolar Aussie dan kiwi kembali diniagakan meningkat pada pembukaan dagangan awal minggu, di mana dolar Aussie telah disokong oleh jangkaan bahawa Reserve Bank of Australia (RBA) tidak akan menurunkan kadar faedah ketika mesyuarat polisi pada Selasa.

Sementara itu, matawang pound terus menguat setelah Perdana Menteri UK, Boris Johnson dan Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen dilaporkan bersetuju untuk melanjutkan tempoh rundingan untuk sebulan lagi setelah bersetuju bahawa kemajuan telah dibuat, tetapi jurang yang signifikan tetap ada.

Ketua perunding perjanjian perdagangan telah diarahkan untuk berusaha lebih intensif untuk merapatkan jurang tersebut.

Di samping itu, euro juga diniagakan meningkat menyusuli penyusutan US dolar dengan tumpuan turut terarah kepada penerbitan laporan minit mesyuarat Federal Reserve AS dan Bank Pusat Eropah (ECB) pada minggu ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat