Matawang Utama Kembali Meningkat, Sentimen Risk-On?

369

Memasuki dagangan sesi Asia, matawang utama kembali didagangkan meningkat berbanding dolar greenback setelah mencatatkan penyusutan pada sesi sebelum ini.

Indeks dolar didagangkan susut pada 93.24, menandakan kewaspadaan pelabur menjelang ucapan Pengerusi Federal Reserve AS (Fed), Jerome Powell di simposium Jackson Hole pada Khamis.

US dolar yang cenderung untuk merosot ketika pasaran saham meraih kenaikan, telah meningkat tinggi pada sesi New York sementara dagangan matawang utama susut lebih rendah.

Namun begitu, dagangan dolar Aussie kembali meraih keuntungan pada sesi Asia di tengah-tengah ketegangan Amerika Syarikat dan China yang semakin meningkat berikutan tindakan TikTok yang menyaman pentadbiran Trump susulan sekatan yang dikenakan ke atas aplikasi itu.

Dolar New Zealand pula terus didagangkan di bawah tekanan ketika sekatan di bandar kedua terbesar New Zealand, Auckland dilanjutkan lagi sehingga 31 Ogos sebagai sebahagian usaha untuk membendung penularan Covid-19.

Selain itu, dolar Kanada merosot lebih rendah berbanding USD didorong oleh kelemahan prospek pemulihan ekonomi, di mana ia dijangkakan akan mengambil masa lebih lama daripada dijangkakan untuk pulih.

Sementara itu di Eropah, matawang pound pula didagangkan rendah, ditekan oleh kebimbangan yang membelenggu terhadap kemajuan dalam rundingan perdagangan Brexit antara EU dan UK yang mengecewakan.

Dagangan euro pula mencatatkan sedikit peningkatan menjelang penerbitan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Jerman bagi suku kedua yang dijangka kekal seperti bacaan awal dengan catatan penguncupan -10.1%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat