Matawang Utama ‘Terjun Tiruk’ Pada Sesi Eropah!

556

Sentimen risk-off dalam pasaran terus mendorong dolar Amerika untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi ketika sesi Eropah di tengah-tengah harapan yang semakin pudar terhadap rundingan pakej rangsangan AS.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama lain didagangkan meningkat 0.3% pada 93.74.

Berbaki 3 minggu sahaja lagi menjelang pilihan raya presiden, Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin menyatakan kesepakatan masih jauh lagi untuk dicapai dan perjanjian mungkin tidak akan dilakukan sebelum pilihan raya pada bulan depan.

Pengukuhan US dolar telah mendorong kemerosotan lebih rendah buat dagangan euro yang dilemahkan oleh kebimbangan terhadap lonjakan kes baru Covid-19 di Eropah dan mendorong lebih banyak sekatan dilaksanakan.

Sekatan-sekatan yang dilaksanakan ini telah meningkatkan kekhuatiran pasaran bahawa akan menghentikan usaha pemulihan global ketika harapan untuk rangsangan AS sebelum pilihan raya juga semakin pudar.

Dalam pada itu, penerbitan data tuntutan pengangguran AS pada malam ini akan menjadi tumpuan utama kepada pelabur, di mana ia dijangkakan lebih rendah daripada bacaan sebelum ini dengan pertambahan sebanyak 810,000.

Sementara itu, dolar Kanada juga didagangkan rendah berbanding USD, menyusuli penurunan dalam harga minyak mentah dunia.

Di sisi lain, dolar Aussie terus susut lebih rendah setelah terkesan oleh kenyataan Gabenor Reserve Bank of Australia (RBA), Philip Lowe yang memberi isyarat dovish bahawa bank pusat mungkin akan menurunkan kadar faedah lebih rendah kepada 0.10% untuk menyokong pemulihan ekonomi.

Hal ini telah meningkatkan lagi jangkaan penganalisis bahawa RBA akan memotong kadar faedah ketika mesyuarat polisi pada bulan November.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat