Matawang Utama Terus ‘Menderita’ – Isu Pakej Rangsangan Jadi Perhatian Para Pelabur!

626

Bursa Wall Street dibuka lebih tinggi namun US dolar mencecah paras terendah satu minggu pada hari Selasa kerana para pelabur berharap jumlah dana rangsangan adalah lebih besar dari Washington dengan  Senator Senat A.S sedang membuat persediaan memilih rang undang-undang untuk membantu perniagaan kecil yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Menurut jurucakap Pelosi, Speaker Dewan Perwakilan Nancy Pelosi dan Setiausaha Perbendaharaan Steve Mnuchin akan meneruskan perbincangan pada hari Selasa bagi merapatkan lagi jurang perbezaan antara kedua-dua belah pihak mengenai bantuan pakej Covid-19.

Pelosi telah menetapkan akhir hari Selasa sebagai tarikh akhir untuk mencapai kesepakatan mengenai pakej rangsangan.

Menurut penganalisis, pakej rangsangan dilihat menjadi penentu utama buat pemain pasaran dengan harapan pihak Republikan dan Demokrat untuk menyetujui pakej rangsangan.

Di Eropah, perkara yang perhatian adalah lonjakan dalam kes Covid-19 di rantau Eropah dan kembimbangan terhadap ekonomi kesan dari sekatan kawalan pergerakan.

Indeks US dolar catat penyusutan sebanyak 0.37% berbanding matawang utama ke paras 93.082. Manakala matawang euro terus melonjak naik dengan pengukuhan sebanyak 0.51% berbanding US dolar.

Matawang pound masih catat kejatuhan berbanding matawang euro berikutan kebimbangan terhadap perkembangan Brexit.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat