Matlamat BTCST Berpotensi Tarik Perhatian Para Pelabur Kripto!

498

Bitcoin Standard Hashrate Token dilancarkan di Binance Smart Chain (BSC) pada Disember 2020 yang dijamin oleh Bitcoin (BTC) Hashrate dan dianggarkan setiap token mewakili 0.1 TH/s kuasa perlombongan Bitcoin dengan kadar kecekapan sekitar 60W/TH.

Standard Hashrate Group merupakan tulang belakang kepada penubuhan token BTCST dan turut disokong oleh pelombong Bitcoin berskala industri yang secara keseluruhannya mewakili 12% hashrate global BTC pada Februari 2021.

Matlamat utama BTCST adalah untuk meningkatkan kadar kecairan dan kecekapan dalam pasaran tenaga perlombongan serta secara tidak langsung ingin memberi pendedahan kepada pengguna mengenai ganjaran perlombongan dengan kos yang rendah.

BTCST merupakan token yang dijamin oleh kuasa perlombongan Bitcoin dan dengan menggunakan BTCST, pemegang bakal memperoleh Bitcoin setiap hari mengikut kepada kekuatan perlombongan yang digunakan.

Menarik untuk diperhatikan pada carta BTCST,

Pergerakan harga BTCST pernah mempamerkan lonjakan melebihi 1,400% yang hanya mengambil tempoh dalam masa lebih kurang 50 hari untuk mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) di paras harga $497.

Tetapi lonjakan itu terhenti seketika apabila BTCST melakukan redenomination pada 15 Mac sebelum didagangkan semula pada 19 Mac pada harga sekitar $37.

Selepas sahaja redenomination pergerakan harga BTCST bergerak sedikit menyusut dan mendatar sebelum kembali membuat lonjakan melebihi 200% dan seterusnya telah mencatatkan paras ATH terbaru sekitar $93.

Namun pada penghujung Mei, harga BTCST dilihat terus menyusut ke paras sokongan $26 dan pada 22 Jun pergerakan harga terus ke paras sokongan terendah sekitar $16 yang merupakan paras ketika pembukaan pasaran 2021.

Jika pergerakan harga BTCST terus mengekalkan trend bearish, harga berkemungkinan bakal kembali menguji paras sokongan $16 sebelum terus membuat penurunan.

Penurunan yang lebih rendah bakal mendorong harga BTCST untuk mencatatkan paras terendah sepanjang masa (ATL) bagi pergerakan pasaran 2021.

Sekiranya harga kembali membuat lonjakan, harga dijangka bakal kembali melonjak ke paras sokongan $26 dan mungkin bakal terus membuat kenaikan ke paras rintangan seterusnya sekitar $30.

Jika pergerakan harga BTCST berjaya mengorak langkah untuk terus melonjak lebih tinggi, harga dilihat bakal menuju ke paras SBR (support become resistance) sekitar $37 sebelum memberi isyarat yang jelas bagi arah pergerakan harga yang seterusnya.

Setakat jam 11.30 pagi waktu tempatan, harga BTCST mengalami penyusutan melebihi 5% untuk diperdagangkan di paras harga sekitar $0.20.

Lihat gambar carta matawang kripto BTCST/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat