Maybank IB Saran Beli Saham Syarikat Ini!

2,083

Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) mengubah saranannya kepada ‘buy’ daripada ‘hold’ ke atas MISC Bhd berikutan jangkaan peningkatan pendapatan dalam suku pertama yang berakhir 31 Mac 2021.

Dalam nota penyelidikan hari ini, Maybank IB berkata menerusi bekalan minyak yang lebih tinggi daripada Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) dan Libya, pihaknya yakin bahawa kadar tangki mungkin meningkat secara berperingkat mulai suku pertama 2021.

“Selain disumbangkan enam kapal pengangkut etana berskala besar, pendapatan suku pertama MISC bagi 2021 akan bertambah baik bagi suku ke suku,” katanya seperti dilaporkan oleh Bernama.

Selain itu, Maybank IB berkata urus niaga pihak berkaitan MISC dengan Petronas akan menyusut pada masa akan datang berikutan kontrak luaran memberi sumbangan lebih besar daripada tahun kewangan 2021.

Firma penyelidikan itu berkata kadar tangki petroleum yang merosot 45% suku ke suku berikutan permintaan minyak yang lembap dan pengurangan simpanan terapung boleh menyebabkan keputusan suku keempat 2020 yang lebih rendah.

Bagaimanapun, Maybank IB mengekalkan harga sasaran MISC pada RM7.75.

Pada 12.04 tengah hari, saham MISC di Bursa Malaysia jatuh 17 sen kepada RM6.55 dengan 957,900 saham bertukar tangan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat