Media China Kata Evergrande Sudah Bayar Kupon Bon Yang Tertunggak

378

Menurut laporan dari media China, Cailianshe, China Evergrande Group telah membayar kupon bon tertunggaknya kepada beberapa pemegang bon mereka.

Terdahulu Evergrande diapit masalah kupon bon serta hutang tertunggak yang mengusarkan ramai pelabur berkenaan hala tuju masa depan syarikat hartanah China itu.

Laporan tersebut menyatakan beberapa pemegang bon syarikat hartanah itu telah menerima bayaran faedah bagi 3 bahagian bon yang mempunyai jumlah bayaran faedah sebanyak $148 juta yang bertarikh arkhir pada bulan lepas.

Evergrande menjadi pemaju dengan jumlah hutang terbanyak di dunia selepas melepasi tarikh akhir untuk beberapa minggu kebelakangan kerana ia bergelut denagn lebih $300 bilion liabiliti dimana $19 bilion daripadanya adalah bon pasaran antarabangsa.

Kegagalan membayar tunggakkan tersebut akan mengakibatkan syarikat itu mencapai default dan mencetuskan peruntukan cross-default untuk bon dolar Evergrande yang lain dimana akan memburukan lagi krisis hutang yang melanda negara dengan kuasa ekonomi ke-2 terkuat dunia tersebut.

Namun sehingga kini Evergrande masih tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan komen selanjutnya.

Dalam pada itu, perhatian pasaran turut tertumpu pada Kaisa Group yang mana turut memiliki kupon pembayaran sebanyak $59 juta dengantarikah akhirnya pada Khamis dan Jumaat. Kaisa memiliki hutang offshore terbanyak antara pemaju China selepas Evergrande.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat