Meleset Berbanding Jangkaan Pelabur, AUD/USD Catat Lonjakan Susulan Keputusan Mesyuarat RBA

322

Setelah dinantikan para pelabur, keputusan mesyuarat dasar monetari bank pusat Australia akhirnya terjawab.

Seperti yang telah dijangkakan, Reserve Bank of Australia (RBA) telah menurunkan kadar faedah di paras terendah 0.50%, turun 25 mata asas dari 0.75% sebelum ini.

Namun, dijangka melemah sebaliknya matawang dolar Australia menunjukkan kenaikan susulan keputusan penetapan kadar faedah diumumkan.

Walaupun ekonomi terkesan oleh ancaman wabak Coronavirus, namun prospek ekonomi oleh bank pusat masih kekal optimis dan RBA yakin ekonomi akan kembali pulih selepas isu Coronavirus dapat ditangani.

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD yang menunjukkan penurunan pada awal sesi Asia, kemudiannya melonjak lebih 50 pips susulan keputusan diumumkan.

Harga kembali bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) yang menunjukkan isyarat perubahan trend bullish harga rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta AUD/USD.

Namun harga kembali bergerak perlahan sehingga penghujung sesi Asia. Pelabur akan memantau pula data pertumbuhan GDP Australia untuk suku keempat 2019 yang akan diterbitkan pada Rabu, data imbangan dagangan pada Khamis dan data jualan runcit pada Jumaat.

Kenaikan harga dilihat akan menguji zon SBR (support become resistance) pada 0.65800 sebelum harga membuat penurunan semula.

Jika kenaikan berjaya diteruskan, harga berkemungkinan akan menuju paras tumpuan sebelum ini sekitar 0.66700 atau 0.67000.

Sebaliknya jika harga menyambung semula penurunan melepasi paras MA50, harga akan turun menuju semula zon support pada 0.64400 yang dicecah pada minggu lalu, iaitu paras terendah yang dicatatkan sejak Mac 2009.

Penurunan lebih rendah akan mencatatkan paras terendah terbaru pada carta harga jika sentimen pasaran semasa terus memberi tekanan buat dagangan Aussie.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat