Membimbangkan! Ringgit Ditutup Rendah Cecah 4.66

707

Semalam, Ringgit Malaysia (RM) dicatatkan menurun selepas kenaikan nilai dagangan untuk tiga hari berturut-turut seusai pengumuman data Indeks Pengeluaran Malaysia (IPP) susulan pembetulan teknikal.

Jam 6 petang, ringgit dilihat menyusut kepada 4.6675/6725 berbanding Isnin lalu iaitu 4.6340/6400.

Menurut Pengarah Urusan SPI, pasaran berhenti seketika selepas pergerakan ketara dan meramal hala tuju jangka pendek terutama sekali selepas kenyatan Fed dan lelongan bon AS.

Jadi, USD dilihat pamerkan nilai dagangan yang tinggi berbanding ringgit selepas kenaikan yang besar untuk tiga hari yang terakhir ini.

Tiga sektor utama Malaysia iaitu perlombongan, pembuatan dan elektrik dilihat susut sebanyak 0.5% pada September lalu berdasarkan maklumat Jabatan Perangkaan Malaysia (IPP).

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia, Dr Mohd Afzanizam berkata bahawa angka IPP itu menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia terdedah dengan persekitaran luar.

Katanya lagi, bank pusat dijangka mengekalkan pendirian akomodatif untuk menyokong pertumbuhan.

Berdasarkan terbitan laporan data pekerjaan (NFP) AS pada Jumaat lepas, Dr Afzanizam menganggap ia merupakan perkara biasa untuk melihat beberapa pembetulan teknikal terhadap unit tempatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat