Memecoin Bertemakan Katak Makin Diminati, BRETT Meroket Tinggi!

382

“Pelabur mesti tak nak lepaskan peluang semasa musim memecoin ni, banyak untung boleh dapat kot.”

Musim memecoin yang semakin digembar-gemburkan menyebabkan banyak token baharu muncul secara kerap sehingga menyebabkan Brett (BRETT) yang mendapat sambutan awal tahun ini berjaya menarik minat ramai orang.

Suka dimaklumkan BRETT telah menembusi $0.09 pada Rabu semalam sejurus selepas harganya menyaksikan pendakian kira-kira 130% pada skala bulanan dan perlu diketahui memecoin itu pernah mencecah $0.43 pada 28 Mac 2024.

Kenaikan harga BRETT yang mengagumkan tersebut mungkin didorong oleh sokongan daripada bursa kripto terkemuka seperti Bitget, BitMart , Gate.io dan banyak lagi yang memperkenalkan perkhidmatan perdagangan.

Selain memuji pencanakan dilakukan oleh BRETT baru-baru ini, penganalisis Andrew Crypto turut berkata modal pasarannya mampu meningkat sehingga $1.5 bilion jika harganya dapat mengekalkan kedudukannya pada $0.09.

Sementara Crypto Rover yang memiliki lebih 700,000 pengikut di platform media sosial X pula mendedahkan telah menghasilkan keuntungan yang besar setelah melabur sejumlah besar wang dalam BRETT.

Meskipun begitu, BRETT masih ketinggalan di belakang memecoin bertemakan katak terkemuka Pepe (PEPE) yang berjaya mencapai puncak harga baharu pada awal minggu ini dengan modal pasaran turut mencanak lebih $7 bilion sebelum susut semula.

Sehingga berita ini ditulis, harga BRETT melonjak sebanyak 8.46% pada paras $0.08 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $881 juta kemudian mencatatkan kenaikan 75.93% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat