Menang Atau Kalah? Peguam XRP Ada Berita Baik Tentang Ripple!

576

Penyerahan dokumen Ucapan Hinman kepada Ripple serta defendan telah dilakukan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS (SEC) ekoran terdapat perkara penting dalam pemfailan SEC yang mampu memberikan Ripple kemenangan.

Menurut John Deaton, Amicus Curiae dan peguam pemegang XRP menyatakan bahawa pemfailan SEC tersebut merupakan tuntutan yang tidak memberangsangkan susulan SEC tidak menawarkan sebarang jualan khusus dengan kontrak.

Tambahnya lagi, penjualan tersebut berkemungkinan dilakukan oleh pelabur berpengetahuan agar dapat memasuki pasaran sekunder, walaupun transaksi khusus tidak disebut selepas SEC menyerahkan kesemua transaksi itu.

Tanpa usaha berterusan pengasas XRP, aset digital tersebut tidak mampu dibangunkan atau mencipta pasaran sekunder, tegas Deaton yang turut mengatakan bahawa penghujahan SEC hanyalah “But For” iaitu penghujahan suatu situasi tanpa perkara itu benar berlaku.

Oleh demikian, Deaton mengungkapkan sesungguhnya hujah tersebut sangat berbahaya kerana ia boleh dikatakan sebagai “But For” Satoshi Nakamoto Bitcoin (BTC) tidak akan wujud.

Dalam pada itu, SEC telah memfailkan Memorandum dalam Penentangan terhadap Ripple semasa berlakunya penyerahan dokumen ucapan Hinman kepada defendan.

Rentetan itu, kes berpanjangan tersebut berkemungkinan akan berpihak kepada Ripple jika SEC menggunakan pendekatan berbeza yang mampu memberi masalah kepada mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat