Menang Pilihan Raya, Erdogan Kekal Memerintah Turkiye

327

Recep Tayyip Erdogan mengekalkan pimpinannya sebagai Presiden Turkiye selepas mengalahkan Kemal Kilicdaroglu dalam pilihan raya pusingan kedua 2023.

Ini bermakna Presiden Erdogan akan melanjutkan pemerintahannya di negara itu untuk dekad ketiga.

Dengan 99.43% undi dikira, Majlis Pilihan Raya Tertinggi (YSK) Turkiye mengumumkan keputusan awal bahawa Erdogan menang dengan 52.14% undi, manakala Kilicdaroglu pula meraih 47.86% undi.

Berucap di hadapan beribu-ribu penyokongnya di luar kompekes presiden di Ankara, Erdogan berkata kemenangan bukan miliknya sahaja tetapi juga untuk semua rakyat Turkiye.

Susulan keputusan tersebut, mata wang Lira merosot ke paras terendah sepanjang masa baharu berbanding US dolar pada pembukaan dagangan awal minggu ini.

Pilihan raya itu dilihat sebagai salah satu peristiwa yang paling penting bagi Ankara, di mana pembangkang percaya ia mempunyai peluang yang kuat untuk menjatuhkan Erdogan.

Populariti Erdogan sebelum ini terjejas ekoran krisis kos sara hidup yang meningkat susulan tindakannya yang terus menurunkan kadar faedah walaupun inflasi mencecah 85% pada tahun lepas sebelum mereda ke paras 43% pada April.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat