Menangis Tak Berlagu, Evergrande Jual Projek $575 Juta Untuk Bayar Hutang

722

‘Settle-kan hutang tu lebih penting dari tangguh projek berjuta-juta.’

China Evergrande Group mengesahkan penjualan projek Crystal City yang terletak di timur bandar Hangzhou bernilai US$575 juta kepada 2 firma milik kerajaan kerana isu kecairan telah menjejaskan kemajuan projek tersebut.

Menurut pemfailan Evergrande, projek Crystal City termasuk pemilikan tanah serta bangunan telah dijual kepada Zhejiang Zhejian Real Estate Group dan Zhejiang Construction Engineering Group pada Rabu.

Dalam fail itu juga turut menyatakan hasil penjualan tersebut akan melunaskan hutang pembinaan sebanyak 920.7 juta Yuan kepada Zhejiang Construction Engineering dan lebihan akan digunakan sebagai modal kerja am.

Perjanjian tersebut dijangka mencatat keuntungan lebih kurang 216 juta Yuan.

Umumnya, Evergrande masih bergelut dengan bebanan liabiliti sebanyak $300 bilion yang perlu dibayar kepada pemiutang dan pembekal.

Ekoran daripada itu, China telah membuat keputusan untuk mencampur tangan dengan membenarkan firma milik kerajaan untuk membeli sejumlah aset dan projek Evergrande dalam usaha penstrukturan semulanya bagi mengurangkan kebimbangan pasaran serta menghalang keruntuhan ekonomi.

Dalam pada itu, Evergrande telah menubuhkan jawatan kuasa bebas pada Selasa bagi menyiasat bagaimana pihak bank boleh merampas 13.4 bilion Yuan dalam deposit anak syarikatnya, Evergrande Property Services Group yang dicagarkan sebagai jaminan pihak ke-3.

Kenyataan syarikat mengatakan siasatan awal mendapati sandaran deposit berkaitan dan penguatkuasaan oleh bank berlaku pada 2021.

Sementara itu, saham bagi unit China Evergrande New Energy Vehicle Group jatuh 14.5% manakala saham Evergrande dan Evergrande Property Services digantung sejak Isnin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat