Menanti Mesyuarat OPEC+, Ini Pergerakan Semasa Harga Minyak!

333

Minyak mentah didagangkan stabil di sekitar paras tertinggi menjelang pertemuan OPEC+ pada hari ini yang akan memutuskan peningkatan pengeluaran untuk bulan November dan Disember.

Memasuki sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent sedikit susut tapi kekal didagangkan sekitar harga $79 setong. Dagangan WTI Amerika Syarikat pula diperdagangkan pada sekitar harga $75 setong.

Minyak mentah Brent telah mencapai paras tertinggi tiga tahun di atas paras $80 setong pada minggu lalu berikutan gangguan bekalan dan pemulihan permintaan global yang kuat.

Mesyuarat OPEC+ akan menjadi tumpuan pasaran hari ini, yang mana ia akan membincangkan untuk meningkatkan pengeluaran sebanyak 400,000 tong sehari setiap bulan sehingga sekurang-kurangnya April 2022 untuk menghentikan pemotongan 5.8 juta tong sehari.

Namun, menurut laporan Reuters, terdapat beberapa sumber OPEC+ yang memberitahu bahawa pengeluar ada mempertimbangkan untuk menambah lebih banyak pengeluaran daripada yang dijangkakan.

Walaupun begitu, terdapat beberapa negara anggota kini berdepan cabaran untuk menghasilkan lebih banyak pengeluaran berikutan masalah penyelenggaraan yang dihadapi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat