Menerusi IPO, CEKD Ingin Capai Sasaran Untuk Kumpul RM24.28 Juta

311

Penyedia penyelesaian canggih CEKD Bhd mengeluarkan sasaran untuk mengumpul RM24.28 juta daripada penawaran awam permulaan (IPO) pada pasaran ACE Bursa Malaysia kelak.

IPO berkenaan bakal melibatkan terbitan awam sebanyak 50.59 juta saham baharu pada paras harga terbitan 48 sen sesaham.

Penyenaraian CEKD akan dijadualkan pada 29 September 2021 dengan jangkaan bakal meningkat modal pasaran syarikat kepada RM93.4 juta.

Pengarah Urusan, Yap Kai Ning berkata penyenaraian ini bakal memperkukuh kedudukan dan profil syarikat serta mengembangkan lagi rancangannya dengan lebih meluas.

IPO itu juga akan membantu syarikat untuk memanfaatkan model perniagaan bersepadu bersama Sharp Die Cutting Mould Sdn Bhd, Hotstar (M) Sdn Bhd dan Focuswin Diecutting Mould Sdn Bhd.

Hasil daripada IPO, ia bakal diperuntukkan kepada pelbagai aspek serta pembelian mesin pemotong laser dan pemproses aturan keluli automatik bagi menyokong pengembangan perniagaan.

Menerusi agihan 50.59 juta saham baru itu, 9.73 juta saham akan diperuntukkan kepada orang tempatan dan 6.81 juta saham melalui penempatan swasta kepada pelabur terpilih.

Selain itu 9.73 juta saham kepada pengarah, pekerja dan individu layak yang telah banyak menyumbang dalam menggapai kejayaan kumpulan.

Manakala yang selebihnya sebanyak 24.32 juta saham kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat