Mengagumkan! Sektor Ekonomi Eropah Melonjak Lebih Tinggi Pada Julai

340

Seiring dengan krisis Covid-19 di Eropah yang semakin menunjukkan pemulihan, data pembuatan dan perkhidmatan Eropah yang diterbitkan hari ini juga memaparkan bacaan yang memberangsangkan.

Buat pertama kali sejak Disember 2018, sektor pembuatan Jerman akhirnya berjaya keluar daripada penguncupan dengan meningkat kepada 50 pada bulan Julai. Ini juga merupakan bacaan tertinggi yang pernah direkodkan sejak itu.

Sementara aktiviti perkhidmatan pula melonjak kepada 56.7, jauh lebih baik daripada bacaan terdahulu pada 47.3. Ini merupakan peningkatan paling tinggi pernah dicatatkan sejak Januari 2018.

Di Perancis, aktiviti peningkatan juga kembali melonjak dengan bacaan yang jauh lebih tinggi daripada jangkaaan susulan lebih banyak pelonggaran sekatan dilakukan setelah krisis Covid-19 mula mereda di negara itu.

Aktiviti pembuatan di Perancis pula sebaliknya menunjukkan penurunan kepada 52 daripada 52.3 pada Jun, malah turut tersasar daripada unjuran pasaran. Bagaimanapun, bacaan ini masih menunjukkan pertumbuhan yang kukuh dalam sektor perkilangan.

Secara keseluruhannya, aktiviti pembuatan dan perkhidmatan di Zon Eropah merekodkan peningkatan yang memberangsangkan dengan masing-masing meningkat kepada 51.1 dan 55.1.

Ketua Ekonomi Perniagaan di IHS Markit memberitahu bahawa syarikat-syarikat di seluruh Zon Eropah melaporkan data yang memberangsangkan dengan pertumbuhan output pada kadar terpantas dalam tempoh lebih 2 tahun pada bulan Julai.

Selain daripada data Eropah, pasaran turut dihiasi oleh data daripada UK yang memaparkan pengukuhan dalam kedua-dua sektor. Aktiviti pembuatan UK melonjak pada bulan Julai dengan peningkatan paling kukuh sejak Mac 2019. Sementara sektor perkhidmatan pula meningkat dengan kadar pertumbuhan paling tinggi dalam tempoh 5 tahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat