Mengapa Dagangan US Dolar Lemah Walaupun Perjanjian Fasa 1 Telah Tercapai?

484

Dagangan awal minggu dimulakan dengan sentimen perdagangan yang bertambah baik susulan pengesahan daripada Presiden AS Donald Trump pada Jumaat baru-baru ini berhubung kenyataan mengenai kedua-dua negara ekonomi gergasi itu telah mencapai persetujuan dalam perjanjian perdagangan fasa pertama.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk mengurangkan separuh daripada 15% tarif ke atas barangan import China kepada 7.5% dan sebagai balasan China dengan komitednya akan membeli barangan Amerika Syarikat termasuk produk pertanian dalam kuantiti yang ditetapkan.

Dolar Amerika diniagakan tinggi berbanding matawang safe-haven yen susulan berita tersebut disahkan, tetapi ia kembali menyusut berikutan masih timbul keraguan di kalangan pelabur memandangkan butiran mengenai perjanjian tersebut belum dikeluarkan dan terdapat kemungkinan mengenai perjanjian fasa kedua akan datang.

Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin memberitahu dalam kenyataannya Jumaat lalu bahawa butiran lanjut mengenai perjanjian itu akan dikeluarkan dan turut menambah rundingan perjanjian fasa kedua akan dimulakan secepat mungkin.

Sementara itu mengikuti perkembangan di Eropah, kejayaan besar Parti Konservatif dalam memenangi pilihan raya UK telah mengangkat dagangan pound untuk diniagakan tinggi berbanding kesemua matawang utama.

Perdana Menteri UK Boris Johnson dijangka akan membawa Rang Undang-undang Perjanjian Pengeluaran ke parlimen sebelum perayaan Krismas, yang akan membenarkan Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) pada 31 Januari 2020.

Dagangan matawang euro perlahan berbanding US dolar menjelang penerbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan Zon Eropah pada petang ini dengan jangkaan terdapat peningkatan dalam pembacaan data kedua-dua sektor.

Ketidakpastian terhadap perjanjian dagang juga memberikan kesan buat dagangan matawang dolar Australia dan New Zealand untuk diniagakan berhati-hati pada awal dagangan di pasaran sesi Asia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat