Mengapa Kelab Bola Sepak Gergasi Mahu Tubuh ESL?

3,860

Pelan beberapa kelab bola sepak terbesar dunia untuk menubuhkan Liga Super Eropah (ESL) menerima kecaman hebat.

Kelab-kelab yang terlibat menyatakan ESL akan memberi manfaat kepada dunia bola sepak namun para pengkritik menegaskan langkah tersebut didorong oleh sifat tamak.

Menurut para pengkritik, wang merupakan punca utama kelab-kelab tersebut mahu menubuhkan ESL.

Pendapatan kelab bola sepak menerima impak yang besar berikutan pandemik Covid-19 berikutan jadual perlawanan yang terganggu dan kehilangan penonton ke stadium.

Selain itu, kelab-kelab besar yang mempunyai pemain bertaraf bintang dengan gaji jutaan pound, perlu dibayar.

Kelab-kelab itu tertarik dengan geran yang diberikan sebanyak 3 bilion pound yang diberikan oleh bank pelaburan, JP Morgan dan akan dibahagikan sama rata antara semua kelab.

Hadiah kejohanan juga dilaporkan bernilai 2.66 bilion pound. Nilai itu bermakna setiap kelab yang menyertai ESL dijamin akan menerima antara 130 dan 213 juta pound.

ESL berpendapat kejohanan baharu itu akan mencetuskan pertumbuhan ekonomi dan sokongan yang lebih baik untuk bola sepak Eropah.

Kelab-kelab yang menyatakan minat untuk menyertai ESL adalah Arsenal, Chelsea, Liverpool, Manchester City, Manchester United, Tottenham Hotspur, Atletico Madrid, Barcelona, Real Madrid, AC Milan, Juventus dan Inter Milan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat