Mengecewakan, Australia Catat Lonjakan Pengangguran Tertinggi Dalam Tempoh 19 Tahun

336

Pengangguran di Australia melonjak pada bulan Mei dan sejumlah pekerjaan hilang berikutan sekatan berterusan untuk membendung penularan wabak coornavirus menyebabkan sebahagian besar aktiviti ekonomi ditutup.

Data yang diterbitkan Biro Statistik Australia (ABS) menunjukkan kadar pengangguran meningkat kepada 7.1% daripada 6.4% yang disemak pada bulan April, tersasar dari jangkaan untuk kenaikan 6.9%. Ini merupakan kenaikan tertinggi sejak Oktober 2001.

Sementara sejumlah 227,700 orang telah kehilangan pekerjaan pada Mei, menjadikannya sebagai penurunan kedua terbesar yang dicatatkan sejak tahun 1982. Kejatuhan terbesar berlaku pada April lalu, di mana 607,400 kehilangan pekerjaan telah direkodkan.

Lonjakan ini dicatatkan ketika Reserve Bank of Australia (RBA) menyatakan mengenai potensi kemerosotan yang dialami Australia adalah lebih baik daripada yang dijangkakan sebelumnya berikutan pelonggaran sekatan dan pembukaan semula ekonomi dilakukan lebih awal.

Bagaimanapun timbul pula persoalan mengenai berapa banyak pekerja yang akan terus bekerja apabila subsidi kerajaan ‘Jobkeeper’ yang mengekalkan pekerja di firma ketika dilanda krisis pandemik, akan berakhir pada bulan September.

Rentetan daripada itu, Gabenor RBA Philip Lowe menggesa bahawa program ini dikekalkan sehingga tahun 2021 untuk terus menyokong sektor pekerjaan Australia.

RBA sebelum ini mengunjurkan kadar pengangguran akan melonjak kepada 10% pada bulan Jun, dan sebanyak 9% pada akhir tahun ini. Sementara Perbendaharaan pula menjangkakan sehinggan 850,000 pekerjaan akan kembali dipenuhi pada Julai apabila sekatan perjalanan dan sosial mula dilonggarkan.

Anda mungkin juga berminat