Mengecewakan! Penurunan Agresif SHIBA INU Buat Ramai ‘Terciduk’

2,549

SHIB, matawang kripto terbaru telah mengambil alih tarikan pasaran, juga dikenali sebagai “DOGE Killer” kerana logonya adalah jenis anjing Shiba Inu dan dikatakan sebagai pencabar Dogecoin.

Shiba inu (SHIB), juga dikenali sebagai Shiba Token adalah kripto yang desentralisasi dibuat pada bulan Ogos 2020 oleh identiti yang tidak dikenali menggunakan gelaran nama sebagai “Ryoshi”.

Dapat kita lihat harga SHIB telah membuat lonjakan melebihi 1,000% kepada mereka yang telah membeli terlebih awal di platform Hotbit sebelum penyenaraian di platform lain. Lonjakan itu juga disokong setelah Shiba Inu tersenarai di platform Kucoin dan juga Binance pada 10 Mei yang lalu.

Pada carta harga SHIB/USDT, setelah mencapai paras ketinggian sepanjang masa (ATH) pada 10 Mei tersebut, harga terus membuat penyusutan sehingga ke paras terendah 0.000013 yang merupakan paras pembukaan pasaran di dalam platform Binance sehingga hari ini.

Jika ia kembali membuat peningkatan semula, zon SBR (support become resistance) sekitar 0.000023 bakal diuji terlebih dahulu sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi.

Namun jika harga melepasi paras terendah ketika pembukaan pasaran di dalam Binance, penyusutan yang lebih rendah akan berlaku dan kemungkinan ia bakal mencapai paras harga terendah yang pernah dicatatkan.

Lihat gambar carta matawang kripto SHIB/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat