Menggerunkan! WHO Anggarkan Kes Sebenar Cecah 800 Juta!

554

Sedar tidak sedar, sudah hampir 10 bulan sejak Malaysia menerima kes pertama COVID-19 bermula pada 24 Januari lalu. Kini rekod kes di negara ini menjadi 12,813 dengan kes aktif berjumlah 2,336.

Manakala dunia menanggung 35,698,654 kes keseluruhan dengan kes aktif terkini 7,785,560.

Mahu tidak mahu, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) tidak dapat menolak anggaran sebenar kes sebenar hampir mencecah 800 juta walaupun rekod terkini melepasi 35 juta kes.

Ini bermakna, sebahagian besar penduduk Bumi begitu berisiko tinggi dengan kadar purata 1 per 10 penduduk atau 10% populasi dunia telah dijangkiti COVID-19.

Penularan wabak ini terus mencatatkan rekod peningkatan tanpa ada tanda-tanda pengakhiran.

Jika mengharapkan kepada vaksin yang bakal diedarkan tidak lama lagi, paling awal mungkin pada hujung 2020 dan Malaysia, Singapura, termasuk Brunei terkecuali dari jangkaan tersebut.

Wakil WHO bagi tiga negara itu, Dr Jacqueline Lo Ying-Ru mengingatkan orang ramai untuk tidak terlalu berharap kepada vaksin sehingga pertengahan 2021.

Berdasarkan rekod, 10 negara menyumbang 70% daripada keseluruhan kes dan kematian. Manakala, hanya tiga negara menyumbang separuh daripadanya.

Sehingga kini Amerika Syarikat (AS), India dan Brazil masih kekal sebagai tiga negara teratas yang mencatatkan jangkitan wabak dan kematian tertinggi.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat