Menjelang Data Tumpuan, GBP/USD Melonjak 200 Pips!

389

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD telah pamerkan lonjakan di awal minggu sehingga hampir 200 pips!

Mata wang Pound antara yang menjadi tumpuan pada minggu ini menjelang laporan data pekerjaan dan data inflasi UK yang akan diberi perhatian oleh bank pusat dalam menetapkan polisi.

Harga telah melonjak dari zon RBS (resistance become support) 1.3800-1.38300 sehingga hampir ke paras rintangan 1.40000 pada sesi New York semalam.

Kenaikan tersebut juga telah mengatasi paras ketinggian 2 minggu yang lalu pada 1.39200 dan berkemungkinan akan menjadi paras sokongan terbaru jika harga membuat penurunan semula.

Pound telah memanfaatkan kesempatan dengan situasi penyusutan US dolar yang berterusan di awal minggu ini.

Dagangan yang bersambung di sesi Asia pada Selasa, kenaikan diteruskan melepasi paras rintangan 1.4000 dengan kadar pergerakan yang dilihat perlahan.

Pelabur mungkin berwaspada menjelang laporan data pekerjaan UK untuk bulan Mac yang akan diterbitkan pada awal sesi Eropah.

Kenaikan harga yang diteruskan bakal mensasarkan paras ketinggian pada 1.41000 pula sekiranya Pound berjaya mengekalkan pengukuhan.

Sebaliknya jika harga membuat penurunan semula, paras 1.39200 akan diuji terlebih dahulu sebelum penurunan lebih rendah akan menuju kembali zon RBS 1.38000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat