Menjelang Laporan Pekerjaan Kanada, USD/CAD Catat Penurunan 160 Pips!

314

Setelah menjunam 100 pips pada Rabu, dagangan pasangan matawang USD/CAD semalam menyambung lagi penurunan sekitar 40 pips ke paras terendah sejak awal November lalu mencecah paras 1.31600.

Penurunan harga adalah didorong oleh pengukuhan dolar Kanada yang memberi reaksi terhadap hasil mesyuarat OPEC semalam dengan keputusan yang optimis.

Setelah mesyuarat berlangsung sekitar 6 jam, OPEC dilaporkan telah bersetuju untuk melanjutkan pengurangan pengeluaran bekalan minyak mentah sehingga 500,000 tong sehari menjelang suku tahun pertama 2020.

Ini adalah untuk menyokong kawalan harga minyak mentah global dan tindakan tersebut turut dipersetujui oleh Menteri Tenaga Rusia, Alexander Novak sebagai antara rakan sekutu OPEC yang digelarkan OPEC+.

Dagangan pada USD/CAD telah mencatatkan penurunan mingguan sekitar 160 pips dari paras tertinggi pada 1.33200 sehingga paras terendah dicecah semalam pada 1.31600.

Momentum pengukuhan Loonie yang berjaya dikekalkan mampu mendorong penurunan harga ke paras lebih rendah menuju 1.31200 yang merupakan paras support bagi dagangan November.

Penurunan lebih rendah berpotensi mencecah sehingga paras support 1.30500 yang diuji ketika penghujung Oktober lalu namun harga masih belum berjaya menembusi paras tersebut untuk ke paras lebih rendah.

Namun begitu, pelabur turut waspada menantikan laporan pekerjaan Kanada pada sesi New York malam nanti yang diterbitkan bersama laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat.

Jika laporan diterbitkan lemah, harga bakal kembali mencatatkan kenaikan semula dan cuba melepasi garisan halangan Moving Average (MA50).

Kenaikan akan menuju paras tumpuan pada 1.32400 dan juga zon SBR (support become resistance) pada 1.32700.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat