Menjelang Mesyuarat BOC, Ini Pergerakan Pada Carta USD/CAD

188

Setakat minggu lalu, dolar Kanada terus didagangkan lemah sehingga susut ke paras terendah terbaru 8 minggu berbanding US dolar, kerana kebimbangan yang berlarutan mengenai pertumbuhan ekonomi yang perlahan di dalam negara tersebut memberikan ruang kepada US dolar lebih mendominasi.

Namun, sedikit pemulihan dipamerkan pada pergerakan dolar Kanada di awal minggu ini menjelang mesyuarat dasar monetari Bank of Canada (BOC) dengan jangkaan bank pusat bakal membuat satu lagi kenaikan kadar yang agresif bagi mengawal inflasi yang berada pada paras yang tinggi.

Dijangkakan BOC bakal membuat kenaikan kadar sebanyak 75 mata asas yang bakal membuatkan kos pinjaman berada pada 3.25%.

Namun dolar kanada gagal untuk meraih keuntungan ekoran terkesan oleh keputusan pertemuan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) yang bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran minyak mentah sebanyak 100,000 tong sehari mulai bulan Oktober.

Bagi menilai pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD, harga dilihat telah mencapai paras tertinggi terbaru 7 minggu pada Khamis lalu menyentuh paras rintangan 1.32000.

Dan bersambung pada pembukaan sesi dagangan Asia awal minggu ini semalam, harga gagal untuk mengatasi paras ketinggian yang dicapai minggu lalu itu dan susut menutup dagangan penghujung sesi New York di sekitar 1.31400.

Penurunan diteruskan pada pembukaan sesi Asia pagi ini (Selasa) dengan harga bergerak turun di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/CAD menguji zon RBS (resistance become support) 1.31000.

Sekiranya harga menyambung penurunan lebih rendah, harga bakal menembusi zon 1.31000 dan boleh menuju sehingga ke paras tumpuan seterusnya sekitar 1.30000.

Penurunan yang dilanjutkan berkemungkinan akan mencecah pula ke zon 1.29000 untuk catatkan paras terendah terbaru 2 minggu sekiranya US dolar kekal lemah berbanding dolar Kanada.

Namun, dijangkakan harga boleh meneruskan kenaikan semula sekiranya terbitan data sektor perkhidmatan AS tinjauan ISM catat bacaan memberangsangkan dan memberi sokongan peningkatan kepada mata wang US dolar.

Untuk jangkaan kenaikan harga, lonjakan dari zon RBS 1.31000 dilihat bakal menguji kembali paras ketinggian yang dicapai minggu lalu pada paras rintangan 1.32000.

Meneruskan kenaikan ke paras yang lebih tinggi melepasi paras tersebut, harga bakal mencatatkan paras ketinggian terbaru 2 tahun dengan sasaran seterusnya untuk mencecah 1.33000.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat