Menjelang Mesyuarat ECB, Adakah EUR/USD Akan Terjun Lebih Rendah Atau Melonjak Tinggi?

708

Matawang dolar Euro pada minggu ini bergerak perlahan dalam pasaran sementara pelabur kekal berwaspada menantikan keputusan mesyuarat dasar monetari bank pusat Eropah hari ini.

Pasaran kuat menjangkakan European Central Bank (ECB) akan terus mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 0.00% hampir 4 tahun.

Butiran lebih teperinci kajian strategi polisi oleh Presiden Chrtistine Lagarde akan diteliti. Namun, potensi untuk pelaksaan polisi lebih longgar tetap diambil kira berdasarkan data tumpuan.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD, harga dilihat mendatar atau sideways dalam julat sekitar 40 pips dengan sedikit kenaikan dipamerkan pada Selasa.

Momentum kenaikan gagal dikekalkan sebelum harga kembali bergerak rendah semula menguji zon support dengan paras terendah mingguan sekitar 1.10700 dicecah pada dagangan semalam.

Harga kini dilihat masih bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) menunjukkan kesukaran untuk harga bergerak ke paras lebih tinggi.

Walaupun begitu, penurunan harga juga dilihat lemah dan tiada tanda-tanda penurunan yang jelas pada carta EUR/USD. Keputusan mesyuarat ECB malam ini dijangka akan memacu arah pergerakan harga.

Jika harga terus bergerak lebih rendah, zon support 1.10700 akan ditembusi harga sebelum meneruskan penurunan ke paras lebih rendah.

Berkemungkinan zon support lebih rendah sekitar 1.10400 bakal menjadi destinasi tumpuan harga yang seterusnya.

Namun jika harga melonjak semula, kenaikan harga yang melepasi paras penting 1.11000 dilihat akan menuju ke paras 1.11400 menguji zon tumpuan tersebut sebelum naik lebih tinggi.

Paras ketinggian 1.11700 akan diuji di mana paras tersebut merupakan zon SBR (support become resistance) pada dagangan sebelum ini.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat