Menjelang Mesyuarat ECB, EUR/USD Bertahan Dari Menjunam

199

Sentimen pasaran dinilai bercampur-campur pada dagangan pertengahan minggu ini dengan mata wang US dolar kembali pamerkan prestasi suram sejak sesi New York semalam.

Hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang susut di bawah paras 3.00% mendorong penyusutan bagi nilai semasa US dolar.

Sementara, penurunan semula pada pasaran saham yang kembali memadamkan keuntungan yang dicatatkan sebelumnya menjadi amaran untuk pelabur supaya berwaspada dengan risiko yang bakal hadir.

Tumpuan pasaran bakal terarah kepada keputusan mesyuarat polisi bank pusat Eropah pada Khamis yang akan bakal menentukan arah pergerakan bagi mata wang Euro.

European Central Bank (ECB) sebelum ini telah memberi beberapa isyarat untuk melaksanakan kenaikan kadar faedah berkemungkinan pada mesyuarat Julai. Namun, adakah kenaikan kadar bakal berlaku lebih pantas pada bulan ini?

Mata wang Euro catat peningkatan berbanding US dolar pada sesi New York semalam namun pergerakan harga kekal berisiko sehingga keputusan mesyuarat diumumkan.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga yang membuat penurunan semalam telah mencecah sekitar 1.06550 sebelum melonjak semula sekitar 50 pips.

Kenaikan harga telah menguji paras rintangan pada 1.07000 di samping turut menguji halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pada carta harga.

Harga yang masih gagal melepasi halangan tersebut kekal memberi petunjuk untuk harga meneruskan pergerakan trend bearish.

Untuk penurunan lanjut harga, sasaran adalah untuk menuju ke zon RBS (resistance become support) pada 1.06000 selepas mengatasi paras terendah minggu lalu.

Sekiranya zon RBS tersebut gagal menyokong semula kenaikan harga, harga boleh susut lebih rendah menuju pula ke zon tumpuan pada 1.05000.

Namun, jika US dolar kekal melemah dan mendorong harga membuat kenaikan lebih tinggi, isyarat awal perubahan trend akan dinilai pelabur selepas harga melepasi halangan MA50 dan bergerak di atas paras 1.07000.

Kenaikan harga bakal menuju ketinggian 1.08000 untuk menguji zon rintangan tersebut selepas cubaan pada minggu lalu gagal untuk menembusinya.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat