Menjelang Mesyuarat Polisi, Bank Pusat Jepun Bakal Perhebat Rangsangan Ekonomi

364

Bank of Japan (BOJ) dijangka memperluaskan lagi ransangan monetari pada bulan kedua berturut-turut hari ini, meringankan tekanan pembiayaan korporat dan perbelanjaan kerajaan yang besar untuk mengelakkan kejatuhan ekonomi dari wabak Covid-19.

Tindakan tersebut meletakkan BOJ pada kedudukan yang searas dengan bank-bank utama lain yang telah membelanjakan sejumlah besar sokongan kewangan yang tidak pernah terjadi sebelum ini kerana krisis wabak pandemik.

Menurut Reuters, BOJ dilihat akan mengambil langkah lebih jauh untuk meringankan beban ekonomi kepada perusahaan yang telah mengalami kerugian dengan cara meningkatkan pembelian bon korporat dan pinjaman komersial.

Bank pusat juga akan mengumumkan komitmen mereka untuk membeli bon kerajaan dalam jumlah yang tidak terhad dengan membatalkan syarat untuk membelinya pada kadar tahunan ¥80 trilion (RM3.24 trilion) setahun.

Pengecualian sebahagian besar syarat tersebut akan menjadi simbolik kerana BOJ hanya akan membeli kurang dari ¥20 trilion setahun memandangkan pengaruh bank utama di pasaran dapat mengawal pembelian yang sedikit. Langkah ini menjadi satu mesej bahawa pihak mereka bekerjasama dengan kerajaan dengan menawarkan pembiayaan pinjaman yang sangat rendah.

Namun begitu, walaupun BOJ telah mengambil pelbagai inisiatif untuk membantu syarikat yang terjejas melalui peningkatan pembelian bon korporat dan pinjaman komersial sebanyak ¥2 trilion pada bulan lalu, Jepun masih mengalami masalah kekurangan dana berikutan kos pembiayaan korporat meningkat di negara tersebut.

Menurut sumber, tindakan tersebut membuka peluang kepada BOJ untuk meningkatkan lagi jumlah aset yang dibeli dan menerima lebih banyak aset sebagai jaminan daripada institusi kewangan.

Sebelum ini dilaporkan bahawa kepimpinan di Jepun bertindak menambah jumlah pakej perbelanjaan minggu lalu menjadi ¥1.1 trilion yang mana sebahagiannya akan dibayar dengan pengeluaran bon yang lebih banyak. Namun, tindakan itu menambah beban kepada keadaan kewangan Jepun yang kritikal.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat