Menjelang NFP, EUR/USD Junam 130 Pips Di Bawah $1.0000

290

Menuju penghujung minggu, US dolar memaparkan pengukuhan ekoran sentimen pasaran yang berisiko didorong pengumuman sekatan pergerakan di bandar Chengdu, China akibat penularan Covid-19.

Pengukuhan US dolar turut disokong oleh terbitan data tinjauan ISM sektor pembuatan di Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York semalam dengan bacaan data yang positif.

Namun pelabur akan lebih berhati-hati menjelang laporan data pekerjaan NFP AS yang akan diterbitkan pada sesi New York malam nanti dengan jangkaan pertambahan pekerjaan yang rendah untuk bulan Ogos di Amerika.

Mata wang Euro pula kembali paparkan penyusutan yang lebih ketara dengan kebimbangan di Eropah kekal terarah pada krisis tenaga.

Ucapan oleh Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen akan dinantikan pada 14 September nanti berkenaan pelan kecemasan untuk campur tangan bagi menangani kos tenaga yang memuncak di Eropah.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD dilihat gagal untuk memaparkan corak menaik pada zon mendatar sejak minggu lalu apabila harga mencatatkan penurunan harian sekitar 130 pips pada Khamis semalam.

Harga kembali susut semula di bawah paras pariti 1.0000 sehingga mencecah ke paras terendah di sesi New York sekitar 0.99100.

Zon support 0.99000 kekal menjadi tumpuan yang belum ditembusi sejak dagangan minggu lalu lagi, namun berkemungkinan harga bakal melepasinya sekiranya terjunan harga berlaku selepas terbitan data NFP.

Penurunan harga yang dilanjutkan dilihat akan menuju ke sekitar 0.98000 untuk mencatatkan paras terendah terbaru 20 tahun.

Sebaliknya jika harga berjaya meningkat semula, melepasi paras pariti serta halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut akan memberi jangkaan perubahan trend harga yang bakal berlaku.

Kenaikan lebih tinggi dijangka akan kembali semula menuju ke paras 1.01000 untuk harga menguji zon rintangan tersebut yang gagal ditembusi minggu lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat