Menjelang Pertemuan Trump dan Juncker – Eropah Tidak Mahu Mengalah

383

Presiden US Donald Trump mengambil pendekatan pesimis mengenai perbincangan dengan Presiden Suruhanjaya Eropah Jean-Claude Juncker yang ditetapkan pada hari Rabu bertujuan untuk mengelakkan peperangan perdagangan.

Dalam tweet beliau pada malam Selasa,Trump mengatakan kedua-dua Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah harus menurunkan semua tarif, halangan dan subsidi.

Lanjut Trump, dengan tindakan seperti itu, baru dapat mengelarkan sebuah perdagangan yang adil dan pasaran bebas. “Harap mereka melakukannya, kami sudah bersedia – tetapi nampaknya mereka tidak akan!” katanya.

Trump menuduh EU melakukan amalan perdagangan yang tidak adil dan mengancam untuk menaikkan tarif ke atas kereta yang diimport dari blok itu.

Pesuruhjaya Perdagangan Eropah Cecilia Malmstrom, yang akan menemani Juncker, berkata minggu lalu bahawa EU sedang menyiapkan senarai tarif produk U.S. sebagai tindak balas jika Amerika Syarikat berkeras mengenakan tarif.

Dalam masa yang sama juga berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan, Juncker tidak akan tiba di Washington dengan tawaran perdagangan tertentu.

Namun kenyataan yang berbeza yang dikeluarkan oleh penasihat ekonomi White House Larry Kudlow yang telah berkata beliau menjangkakan Juncker akan datang dengan tawaran perdagangan yang “penting.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat