Menteri Ireland Tidak Puas Hati Dengan Perkembangan Perdagangan EU-UK!

155

Pada hari ini, Menteri Luar Ireland telah mengeluarkan pandangan mengenai isu hangat yang berlaku di antara UK dan Kesatuan Eropah.

Isu Brexit terus menghantui pasaran setelah kerajaan UK memenangi undian pertama Parlimen ke atas rang undang-undang Pasaran Dalaman untuk mengubah perjanjian Brexit dengan Kesatuan Eropah (EU).

Hal ini telah mencetuskan amaran EU kepada Perdana Menteri Boris Johnson untuk menangguhkan keputusan membenarkan UK menguruskan pertukaran matawang euro dan menghentikan rundingan perdagangan.

Rang undang-undang Pasaran Dalaman UK tersebut akan memberi kuasa secara sepihak kepada UK untuk mengubah beberapa peraturan mengenai kastam dan perdagangan pasca Brexit di Ireland Utara.

Menurut Menteri Luar Ireland pada hari ini, sebarang perjanjian perdagangan terakhir antara Kesatuan Eropah dan UK hanya akan disahkan sekiranya negara anggota Kesatuan Eropah yakin bahawa perjanjian Brexit akan dilaksanakan sepenuhnya.

Convey juga menzahirkan rasa kecewa dengan mempersoalkan mengapa Kesatuan Eropah meratifikasi perjanjian baru dengan sebuah negara yang mengancam akan melanggar perjanjian yang bahkan belum mencapai masa 1 tahun.

Isu perdagangan antara Kesatuan Eropah dan UK masih menjadi perbualan dan tumpuan pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat