Menteri Kewangan Malaysia Terbaru Pernah Uruskan Broker Forex?

7,568

Selepas pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8, rakyat Malaysia menantikan senarai penuh Kabinet yang dilantik dimana telahpun diumumkan semalam.

Antara yang mencuri tumpuan adalah pelantikan YBM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Menteri Kewangan Malaysia yang terbaru.

Menggalas tanggungjawab yang penting ini bakal memberikan cabaran yang tinggi buat beliau ketika ekonomi dalam keadaan tidak menentu serta pasaran kewangan dunia kini berdepan risiko.

Tahukah anda dahulu beliau pernah menguruskan institusi broker forex sepanjang kerjayanya dalam sektor perbankan?

Secara ringkas berkenaan Tengku Dato’ Sri Zafrul, beliau merupakan bekas Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) di jabatan Perdana Menteri.

Berkecimpung dalam dunia perbankan Malaysia beliau sebelum ini menggalas jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB Group Holdings Berhad dan CIMB Bank Berhad.

Beliau juga merupakan bekas CEO Maybank Investment Bank yang dimiliki sepenuhnya oleh cawangan perbankan pelaburan Malayan Banking Berhad.

Pengambilalihan Kim Eng Holdings Limited (Kim Eng) oleh Maybank Group pada 2011 mewujudkan gabungan entiti Maybank IB dan Kim Eng, dikenali sebagai Maybank Kim Eng dimana Tengku Dato’ Sri Zafrul dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Maybank Kim Eng turut menawarkan produk forex trading untuk pelaburan pertukaran matawang asing seperti institusi broker yang lain.

Maybank KE merupakan syarikat permodalan terbesar di pasaran Bursa Malaysia di mana Maybank dicatatkan senarai teratas di antara syarikat-syarikat di Malaysia dan juga di antara 500 syarikat di Forbes Global 2000 yang membangun di dunia.

Adakah pelantikan Menteri Kewangan terbaru ini akan merealisasikan harapan trader forex di Malaysia untuk melihat pelaksanaan peraturan yang sah untuk perdagangan matawang seperti yang dicadangkan oleh Dato Sri Shahidan Kassim di Parlimen tahun lalu?

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat