Meow! Koin Meme Ini Berjaya Raih $70,000 Untuk Pusat Perlindungan Haiwan

666

Selain pelaburan peribadi, kripto juga membuka peluang kepada anda untuk menjalankan kerja amal.

Misalnya, komuniti ini dilaporkan telah menyalurkan 39 ETH, bernilai hampir $70,000 (RM 288,155) kepada Pusat Perlindungan Haiwan Sterling di Massachusetss.

Komuniti di sebalik matawang kripto meme, Grumpy Cat Coin (GRUMPY) melaporkan kejayaan mereka menerusi kicauan Twitter pada malam tadi.

GRUMPY adalah matawang kripto yang diinspirasikan oleh kucing selebriti, Tardar Sauce yang terkenal dengan rupa parasnya yang grumpy. Objektif projek mereka mudah! – membantu haiwan yang memerlukan seperti haiwan terbiar.

Koin GRUMPY disenaraikan dalam Uniswap pada bulan ini. Harganya menyaksikan lonjakan 1000%, dengan nilai pasaran melonjak kepada $50 juta daripada $5 juta.

Pada masa yang sama, jumlah dagangan pada 17 Mac meroket lebih $18 juta.

Ketika penulisan, GRUMPY didagangkan pada $0.00000044, susut 13% dalam 24 jam.

Menariknya, Grumpy Cat bukan sahaja ikon matawang kripto tetapi juga non-fungible token (NFT). Ia adalah sebuah gambar Tardar Sauce yang telah dilelongkan pada 44.20 ETH, sekitar $80,112.94 di Foundation pada 13 Mac

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat