Meriah! MR DIY Tawar Harga Diskaun Menerusi Kempen Penjualan

399

MR DIY telah melancarkan kempen yang diberi nama “Poket Selamat 7” bagi memastikan orang ramai memiliki alat pelindung diri yang berpatutan dan mudah diakses untuk kekal selamat.

Naib Presiden Pemasaran MR DIY Group (M) Bhd, Andy Chin berkata kumpulan itu sedang pergiat untuk membantu orang ramai kekal selamat ketika kembali bekerja, bersekolah serta melakukan perjalanan.

Tambahnya, susulan pengurangan harga barangan keperluan pelindung secara kekal, ia mengharapkan agar seluruh masyarakat sentiasa mematuhi SOP seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Kempen “Poket Selamat” tahunan MR DIY ini bakal menyaksikan tawaran mega bagi produk yang popular serta paling laku dan dijangka akan berkuatkuasa selama 1 bulan bermula 15 September.

Menerusi kempen yang dianjurkan ini juga, ia bakal memberi tawaran diskaun sehingga 40% untuk 45 produk terpilih yang ditawarkan di 738 kedai MR DIY di seluruh negara serta di laman e-dagang peruncit.

Dalam pada itu, MR DIY turut menawarkan tawaran ‘ekstravaganza’ bagi perkakasan, barang elektrik, aksesori telefon bimbit, produk rumah tangga dan sebagainya yang berkaitan.

Setakat 3.51 petang, harga saham MR DIY telah melonjak 0.77% kepada RM3.91 pada sesi dagangan di Bursa Malaysia hari ini dengan mempunyai nilai permodalan pasaran sebanyak RM24.60 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat