Merisaukan! 54 Negara Diancam Bahaya Angkara Hutang

783

Berpuluh-puluh negara sedang berdepan krisis hutang yang parah selepas diburukkan lagi oleh prospek ekonomi global yang semakin suram.

Laporan terbaharu dari United Nations Development Programme (UNDP) mendedahkan lebih separuh daripada penduduk miskin di dunia berada di negara yang dilanda hutang.

Tanpa bantuan segera, sekurang-kurangnya 54 negara akan mengalami peningkatan tahap kemiskinan, malah pelaburan yang sangat diperlukan dalam penyesuaian iklim dan pengurangan risiko tidak akan berlaku.

Ini lebih membimbangkan kerana negara yang terjejas adalah antara yang paling terdedah kepada perubahan iklim dunia.

Susulan itu, pelepasan hutang segera adalah perlu untuk mengelakkan kemiskinan lebih teruk dan memberi mereka peluang untuk menangani masalah perubahan iklim.

Menurut laporan itu lagi, krisis hutang yang serius sedang berlaku di seluruh ekonomi membangun dan kemungkinan prospek yang semakin buruk adalah tinggi.

Ketua UNDP, Achim Steiner berkata walaupun amaran telah dikeluarkan berulang kali, hanya sedikit tindakan diambil dan risiko semakin meningkat.

Menurut rekod UNDP, 46 daripada 54 negara telah mengumpul hutang awam berjumlah $782 bilion pada 2020 di mana Argentina, Ukraine dan Venezuela sahaja menyumbang lebih satu pertiga daripada jumlah itu.

Sementara itu, ketua ekonomi UNDP George Gray Molina berkata satu pertiga daripada semua negara membangun dilabelkan sebagai risiko besar, sangat spekulatif dan default (gagal bayar hutang).

Negara yang paling berisiko secara langsung ialah Sri Lanka, Pakistan, Tunisia, Chad dan Zambia, katanya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat