Mesti Semua Pakat Serbu! Syarikat LG Umum Pasaran Fesyen Metaverse!

134

“Adakah industri fesyen akan takluk dunia metaverse pada masa hadapan?”

LG Uplus Corp, pengendali rangkaian mudah alih Korea Selatan dimiliki oleh LG Corporation berjaya melancarkan pasaran fesyen metaverse iaitu tapak pakaian dalam talian di mana jualan dipautkan pada produk sebenar di kedai luar talian.

Dilaporkan bahawa pasaran metaverse baharu LG Uplus untuk barangan fesyen digelar Meta Slap akan dibuka secara rasmi pada bulan ini.

Susulan ingin bangunkan kedai pakaian maya, LG Uplus telah menandatangani memorandum persefahaman (MOU) untuk bekerjasama dengan Z-Emotion dan Ation Fashion yang merupakan firma fesyen tempatan mengendalikan jenama kasual Polham.

Manakala Z-Emotion adalah software pengeluaran kostum berasaskan simulasi yang telah membenarkan penciptaan kostum metaverse.

Berbalik pada Meta Slap, suka dimaklumkan bahawa ia bukan sahaja membuat malah menjual potongan pakaian avatar ataupun barangan fesyen yang juga boleh didapati di luar talian.

Menurut LG Uplus, Roblox iaitu platform metaverse berpangkalan di San Mateo California pernah mendedahkan terdapat lima daripada 10 pengguna metaverse mendandan avatar mereka sekurang-kurangnya sekali minggu.

Syarikat-syarikat tersebut akan memautkan pasaran fesyen metaverse ke bilik fitting artificial intelligence (AI) supaya para pembeli boleh serta-merta menyesuaikan item pilihan mereka sebelum membeli di luar talian.

Umum mengetahui LG Uplus, Z-Emotion dan Ation Fashion mulai awal bulan ini bakal merasmikan dan bersama-sama menjalankan kedai pakaian Meta Slap yang akan menawarkan barangan versi maya serta fizikal.

Selepas membeli-belah di metaverse, pembeli akan diberikan pautan di mana mereka boleh menuntut produk versi fizikal.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat