Mesti Trader Dah Tahu USD Akan Terbang Lagi

909

Hasil bon AS 10 tahun meneruskan peningkatan dengan melonjak ke paras ketinggian terbaru 14 bulan menjelang pelancaran pelan perbelanjaan infrastruktur oleh Presiden Joe Biden pada hari Rabu.

Lonjakan ini telah mendorong dagangan US dolar untuk meningkat lebih tinggi berbanding kebanyakan matawang utama dengan indeks dolar menguat pada 93.10.

Perincian mengenai rancangan infrastruktur Biden akan dikeluarkan, dan ia dijangka turut merangkumi pelan untuk kenaikan cukai yang pastinya akan memberi tekanan terhadap saham.

Prospek penerbitan hutang yang lebih tinggi telah mencetuskan penjualan bon dan ini sekali gus meningkatkan hasil bon 10 tahun di atas 1.70%.

Matawang yen Jepun, yang sensitif dengan peningkatan hasil bon AS, menjunam ke tahap terendah satu tahun. Pasangan matawang USD/JPY didagangkan kukuh di atas paras harga 110.00 pada awal sesi Eropah.

Sementara matawang euro juga melemah di sekitar tahap terendah 4 setengah bulan berbanding US dolar.

Tekanan daripada kebangkitan semula kes coronavirus sehingga memaksa sekatan dilanjutkan di Eropah terus memberi tekanan buat dagangan euro.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat