Mesyuarat BOC Akan Tambah Perencah Pada Dagangan USD/CAD

361

Mata wang komoditi dolar Kanada bergerak kukuh berbanding US dolar pada minggu ini disokong oleh sentimen pasaran minyak mentah global.

Minyak mentah yang menjadi eskport utama Kanada telah menyokong peningkatan nilai dolar Kanada dalam pasaran berikutan jangkaan untuk harga minyak terus meningkat.

Dengan rangsangan fiskal yang lebih di Amerika Syarikat (AS) selain digesa oleh calon Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen, bakal menjangkakan permintaan bahan bakar yang lebih tinggi.

Selain itu, pelabur akan memberi tumpuan terhadap data inflasi Kanada yang akan diterbitkan di awal sesi New York sebelum beralih kepada tumpuan utama hari ini iaitu keputusan mesyuarat polisi bank pusat Kanada (BOC).

Kadar faedah dijangka akan terus dikekalkan di paras 0.25% dan kenyataan susulan oleh bank pusat akan dinilai pelabur untuk petunjuk polisi pada masa hadapan.

Pada carta harga pasangan mata wang USD/CAD, harga telah kembali pamerkan penurunan selepas gagal melepasi paras 1.28000 pada kenaikan di awal minggu.

Trend menurun harga bersambung pada dagangan hari ini (Rabu) selepas harga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam harga.

Penurunan yang diteruskan dilihat akan turun lebih rendah di bawah paras 1.27000 dan menguji zon sokongan harga sekitar itu.

Penurunan lebih rendah berpotensi mencecah semula ke zon support 1.26300 seperti dagangan minggu lalu.

Sebaliknya jika berlaku lonjakan semula harga, zon rintangan sekitar 1.27800 akan menjadi tumpuan sebelum harga menuju semula ke zon resistance pada 1.28300.

Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat