Mesyuarat BOC Bernada ‘Hawkish’, Apa Pula Kesan Pada Carta USD/CAD?

181

Sesi New York pada Rabu semalam memfokuskan pada mesyuarat bank pusat Kanada ketika pelabur menilai jangkaan untuk pengetatan dasar akan diperlahankan menyusuli mesyuarat bank pusat Australia yang terlebih dahulu menjadi tumpuan pada Selasa.

Bank of Canada (BOC) mengejutkan pasaran dengan meningkatkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas untuk mesyuarat terakhir tahun ini ketika pasaran menjangkakan kenaikan kadar yang lebih perlahan.

Kadar faedah telah meningkat daripada 3.75% kepada 4.25%.

Bank pusat bernada hawkish apabila mempertimbangkan pengetatan dasar monetari yang perlu diteruskan lagi untuk menurunkan inflasi yang masih tinggi.

Ini berdasarkan faktor pertumbuhan ekonomi Kanada yang memberangsangkan pada suku ketiga di samping eksport komoditi yang turut kukuh.

Oleh itu, kesan pengukuhan pada nilai mata wang dolar Kanada dapat diperhatikan pada sesi New York semalam.

Pada carta harga pasangan mata wang USD/CAD semalam, harga pada mulanya menunjukkan kenaikan di sesi Eropah yang meneruskan corak pada hari sebelumnya.

Setelah mencapai ketinggian 1.37000, harga mula menunjukkan penurunan dan turut dipengaruhi oleh keputusan mesyuarat BOC.

Penurunan 100 pips telah dipaparkan sebelum harga kembali melantun semula setelah menguji paras 1.36000.

Harga juga dilihat tidak berjaya untuk susut lebih rendah di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam, menunjukkan pergerakan harga masih dalam trend bullish.

Corak kenaikan yang perlahan dipamerkan semula menyambung dagangan pada sesi Asia hari ini (Khamis) namun belum mengatasi ketinggian dicapai semalam.

Sekiranya kenaikan berjaya diteruskan lagi, harga berpotensi untuk menuju sehingga ke paras sekitar 1.38000 sekaligus mencatatkan paras ketinggian terbaru 5 minggu.

Namun, seandainya harga berundur turun ke bawah semula, setelah melepasi paras sokongan MA50 akan menjangkakan harga susut ke zon 1.35000.

Jika zon tersebut juga turut ditembusi, harga boleh mencecah semula ke paras sokongan tumpuan sebelum ini iaitu pada 1.34000.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat