Mesyuarat Dasar Monetari Bank Pusat Eropah Akan Menjadi Tumpuan Pelabur Pada Sesi New York Sebentar Nanti

941

Pasaran sesi Asia dan permulaan Eropah hari ini didagangkan agak pasif menjelang keputusan kadar faedah European Central Bank (ECB) dan juga sidang media dimana masing-masing dijadualkan akan berlangsung pada jam 8:45 dan 9:30 malam waktu Malaysia.

Bermula daripada sesi Asia, Australia diniagakan tinggi selepas data jualan runcit mencatatkan kenaikan daripada bacaan sebelum ini iaitu pada 0.1% daripada -0.4%. Bukan itu sahaja, Aussie juga disokong oleh angka imbangan perdagangan yang surplus sebanyak AUD 4.55 bilion untuk Januari 2019 daripada 3.77 bilion pada bulan sebelumnya.

Seterusnya di Eropah, pertumbuhan ekonomi zon Eropah disahkan pada 0.2% pada suku tahun keempat 2018, sedikit lebih tinggi daripada tempoh sebelumnya sebanyak 0.1%. Perkembangan itu didorong oleh eksport yang meningkat, penggunaan isi rumah yang menaik dan kenaikan dalam pelaburan tetap serta perbelanjaan awam.

Beralih dalam perkembangan di UK pula, pasaran menjangkakan undian Perdana Menteri Theresa May pada 12 Mac ini pada peringkat parlimen dijangka gagal sekaligus bakal menimbulkan lagi kebimbangan terhadap isu Brexit.

Menjelang pembukaan pasaran New York, pelabur akan menumpukan perhatian terhadap mesyuarat dasar monetari Bank Pusat Eropah (ECB) dimana unjuran pasaran bahawa ECB akan mengekalkan dasar monetari sedia ada dan menurunkan sasaran pertumbuhan ekonomi serta memberikan isyarat mengenai peningkatan dalam rangsangan untuk memudahkan pinjaman di zon Eropah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat