Mesyuarat Pertama Christine Lagarde Sebagai Presiden ECB Jadi Tumpuan

317

Pada penetapan dasar monetari Bank Pusat Eropah (ECB) hari ini, ia akan menjadi mesyuarat pertama yang dipengerusikan oleh Presiden ECB Christine Lagarde dengan semua perhatian pasaran kini tertumpu kepadanya.

Antara yang menjadi persoalan kini adalah sama ada terdapat sebarang petunjuk mengenai keputusan dasar pada masa akan datang memandangkan pasaran menjangkakan Lagarde akan mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat kali ini.

Ini adalah kerana, ECB yakin bahawa dasar monetari perlu kekal akomodatif dan kerajaan perlu memainkan peranan mereka untuk meningkatkan ekonomi. Jerman mungkin dapat mengelak daripada mengalami kemelesetan tetapi kadar inflasi adalah rendah dan pertumbuhannya perlahan.

Berikutan daripada itu, ia mengurangkan peluang untuk Lagarde mengenakan pelonggaran yang lebih lanjut dalam dasar monetarinya.

Sehingga kini Presiden Lagarde masih belum menyuarakan pandangannya mengenai dasar monetari, walaupun telah berulang kali diberi peluang itu melalui beberapa ucapan yang telah beliau sampaikan sebelum ini.

Dalam ucapannya baru-baru ini, beliau dilihat lebih banyak memberi penekanan kepada kesan sampingan yang negatif akibat daripada pendirian dasar semasa.

Sebelum ini, Lagarde telah mengumumkan semakan semula strategi daripada keputusan bank pusat pada 2003 yang menetapkan sasaran inflasi berada di bawah, tetapi hampir kepada 2% dalam jangka masa sederhana.

Ini adalah bagi memastikan sama ada sasaran yang ditetapkan itu bertetapan dengan keadaan ekonomi semasa yang telah banyak mengalami perubahan.

Bagi mendapatkan petunjuk mengenai pelonggaran selanjutnya pada masa akan datang, ia adalah bergantung kepada unjuran ekonomi dan jangkaan inflasi oleh ECB.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat