Mesyuarat Polisi BOE Minggu Ini Bakal Gegarkan Carta GBP/USD

401

Carta harga pasangan mata wang GBP/USD telah mempamerkan penurunan lebih rendah bersambung di awal pembukaan pasaran minggu ini mencatatkan paras terendah terbaru 4 minggu.

Ini adalah disebabkan dominasi US dolar yang berjaya menekan Pound sehingga ke penghujung minggu walaupun data ekonomi tumpuan UK mencatatkan bacaan baik pada minggu lalu.

Laporan data pekerjaan UK untuk bulan Ogos tidak begitu mengecewakan jika diteliti pada angka yang dikeluarkan, sementara kadar inflasi UK pula mencatatkan bacaan meningkat mengatasi jangkaan, jauh lebih tinggi berbanding bacaan bulan sebelumnya.

Justeru, pelabur pada minggu ini ingin melihat sama ada data-data tumpuan tersebut berjaya mempengaruhi keputusan Bank of England (BOE) untuk mengetatkan polisi pada mesyuarat minggu ini.

Penghujung minggu lalu telah menyaksikan harga pada carta GBP/USD menguji rintangan 1.38000 pada zon SBR (support become resistance) sebelum menjunam lebih rendah sehingga penghujung sesi New York menamatkan dagangan minggu lalu.

Momentum tersebut masih diteruskan pada awal minggu ini apabila harga meneruskan penurunan ke zon support 1.37000 bersambung sehingga ke awal sesi Eropah hari ini (Isnin).

Mampukah zon tersebut menyokong semula kenaikan harga?

Sekiranya gagal, harga bakal meneruskan penurunan lebih rendah menuju zon support terbaru pada 1.36000.

Zon ini turut diuji pada dagangan Julai dan September lalu, namun masih berjaya mengekang kejatuhan lebih parah harga.

Sekiranya harga berjaya melonjak semula dari zon 1.37000, kenaikan harga akan kembali menguji semula zon SBR 1.38000.

Untuk isyarat perubahan trend bullish pada carta GBP/USD, kenaikan lebih tinggi melepasi zon 1.38000 seterusnya bakal menuju semula ke zon rintangan 1.39000 yang menjadi tumpuan sebelum ini.

Mesyuarat FOMC dan mesyuarat polisi BOE pada minggu ini dijangkakan untuk memberi impak besar terhadap kedua-dua mata wang US dolar dan Pound Sterling.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat